SYARAT KEMASUKAN UNTUK TAHAP PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA (APEL T-7)

Syarat asas yang perlu dipatuhi oleh calon APEL adalah seperti syarat yang ditetapkan oleh KPT. Sekiranya syarat asas dipenuhi, maka pemohon perlu melalui proses penilaian seperti carta alir .

Syarat Asas

Bil

Syarat kelayakan
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 30 tahun semasa permohonan
3. Memiliki sekurang-kurangnya STPM/diploma/Sijil Matrikulasi atau setara
4. Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan

 

Syarat 1-4 perlu dipenuhi oleh pemohon sebelum sebarang proses penilaian APEL T-7 dimulakan. Dokumen bukti diperlukan bagi tujuan pengesahan dan rekod bukti. Sila rujuk DOWNLOAD untuk memastikan senarai semak bagi dokumen yang diperlukan.

PPT seterusnya akan mengatur ujian Aptitude bagi pemohon yang tergolong dari kategori yang kelayakannya belum pernah dinilai dan diluluskan oleh MQA/Lembaga Akreditasi Negara/Kementerian berkaitan. Kes tersebut akan dirujuk kepada MQA bagi tujuan penentuan kesetaraan. Seterusnya calon perlu menghantar portfolio dan juga melalui sesi temuduga.

Secara umumnya, ujian aptitude menyumbang sebanyak 40% manakala ujian portfolio menyumbang 50% dan ujian temuduga sebanyak 10% daripada markah keseluruhan. Pemohon perlu mendapat sekurang-kurangnya 60% markah keseluruhan untuk lulus penilaian APEL T-7. Keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh sebulan selepas temuduga.