Frequently Asked Questions APEL (A)
Apakah APEL?
APEL khususnya APEL (A) ialah kaedah untuk menilai pembelajaran terdahulu untuk kelayakan kemasukan ke program akademik. Contohnya menggunakan sijil APEL untuk memohon ijazah sarjana muda tanpa sijil SPM atau memohon ijazah/master tanpa kelayakan ijazah sarjana muda.
Bagaimana saya mendaftar?
Langkah pertama pendaftaran ialah dengan mendaftar di laman web MQA iaitu di https://www2.mqa.gov.my/APEL/APEL_A/CheckDaftar.cfm. Seterusnya ikuti langkah seperti yang dipaparkan di laman web tersebut.
Berapa lama tempoh mendapat sijil APEL bermula dari pendaftaran?
Masa 3 bulan diperlukan bermula dari tarikh pendaftaran hingga penerimaan sijil APEL.
Berapakah bayaran untuk mengambil penilaian APEL?
RM250 untuk T6 dan RM370 untuk T7
Apakah tahap kesusahan ujian aptitud?
APEL T6 ialah tahap SPM manakala APEL T7 ialah tahap ijazah sarjana muda.
Bagaimana portfolio dihasilkan?
Template protfolio disediakan. Boleh download di laman web apel UTM di
Apakah yang dinilai di dalam portfolio?
Portfolio perlu mempunyai bukti-bukti dari segi pengetahuan, etika, keusahawanan, pemikiran kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, komunikasi, kepimpinan, bekerja dalam kumpulan, pengurusan maklumat, pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran praktik.
Apa yang akan ditanya semasa temuduga?
Semasa temuduga, penemuduga ingin melihat dokumen asal, seterusnya penemuduga mungkin ingin mengetahui maklumat lanjut info yang diberi di portfolio dan penemeduga ingin memastikan adakah calon bersedia untuk menjalani program yang dipohon.
Adakah ada lokasi penilaian di tempat selain dari Kuala Lumpur?
PPA UTM hanya menjalankan penilaian APEL di UTM Kuala Lumpur sahaja.
Adakah akan terus masuk universiti selepas mendapat sijil APEL?
Sijil APEL adalah sijil untuk melayakkan memohon program akademik universiti. Selepas memohon menggunakan sijil APEL, kelulusan untuk masuk program bergantung kepada universiti tersebut.
Adakah dihadkan mendaftar program di UTM sahaja?
Tidak. Anda boleh menggunakan sijil APEL untuk memohon di mana-mana universiti, tidak terhad kepada program di UTM sahaja.
Apakah persediaan sebelum mengambil penilaian APEL?
Anda perlu mengulangkaji pelajaran peringkat SPM (untuk T6) atau ijazah sarjana muda (untuk T7). Kursus persediaan APEL ada disediakan oleh pihak kami.
Bagaimana saya ingin mendaftar kursus persediaan APEL?
Sila layaran website APEL UTM untuk pendaftaran kursus persediaan APEL.
Adakah ada tarikh luput untuk sijil APEL?
Sijil APEL tiada tarikh tamat tempoh.
Bila dan di mana penilaian APEL dijalankan?
Tarikh ujian aptitud disenaraikan di laman web APEL UTM. Lokasi ujian adalah di UTM Kuala Lumpur.
DI mana lagi penilaian APEL boleh dilakukan selain UTM?
Selain UTM anda juga boleh mendaftar di PPA lain seperti di OUM, WOU, UUM dan UiTM.
Apakah bidang pengajian yang boleh dipohon melalui APEL?
Untuk APEL T6, semua bidang pengajian boleh dipohon. Manakala senarai bidang pengajian untuk APEL T7 boleh dilihat di laman web MQA di
Apakah bidang pengajian yang boleh dipohon melalui APEL?
Untuk APEL T6, semua bidang pengajian boleh dipohon. Manakala senarai bidang pengajian untuk APEL T7 boleh dilihat di laman web MQA di
https://www2.mqa.gov.my/apel/APEL_A/CheckDaftar.cfm Walaubagaimanapun anda disarankan untuk menghubungi pusat pengajian yang anda bercadang untuk memohon berkenaan kemasukan melalui APEL.
Dimanakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?
Maklumat lanjut lebih terperinci boleh didapati di laman web APEL UTM di https://apel.utm.my/apel-a/