PENILAIAN PORTFOLIO & TEMUDUGA

Portfolio

Penilaian Portfolio merupakan komponen penilaian kedua pemohon wajib lulus. Portfolio merupakan satu dokumen kompilasi pengalaman terdahulu termasuklah pembelajaran formal, informal dan non-formal. Pemohon perlu menyediakan portfolio mengikut format yang ditetapkan di Lampiran. Pemohon perlu mengisi dalam Bahasa Inggeris.

 Pemohon perlu memilih keutamaan dan kesesuaian  bidang yang dipohon berasaskan pengalaman terdahulu dengan mengemukakan bukti seperti salinan sijil dan dokumentasi yang telah disahkan.

Bagi pembelajaran berasaskan pengalaman, bukti dalam bentuk testimoni dari majikan/pelanggan/rakan sekerja dan senarai tugasan lain perlu dikemukakan.

Penilaian portfolio akan dilakukan oleh penilai yang telah dilantik dan terlatih.  Pemohon boleh menghantar portfolio dua minggu selepas lulus ujian Aptitude. Pemohon perlu mendapat sekurang-kurangnya 50% markah penilaian portfolio.

**Nota: Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh

  • Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Pesuruhjaya Sumpah.
  • Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.

 

Temuduga

Pemohon perlu lulus ujian temuduga yang memberi 10% dari keseluruhan markah penilaian APEL T-7. Temuduga akan dijalankan dalam tempoh sebulan selepas portfolio dihantar.