PORTFOLIO SARJANA MUDA

Portfolio

Penilaian Portfolio merupakan komponen penilaian kedua pemohon wajib lulus.Ia membawa pemberat sebanyak 70% daripada keseluruhan penilaian APEL T-6. Portfolio merupakan satu dokumen kompilasi pengalaman terdahulu termasuklah pembelajaran formal, informal dan non-formal.Pemohon perlu menyediakan portfolio mengikut format yang ditetapkan di lampiran.

Pemohon perlu memilih keutamaan dan kesesuaian bidang yang dipohon berasaskan pengalaman terdahulu dengan mengemukakan bukti seperti salinan sijil dan dokumentasi yang telah disahkan.

Bagi pembelajaran berasaskan pengalaman, bukti dalam bentuk testimoni dari majikan/pelanggan/rakan sekerja dan senarai tugasan lain perlu dikemukakan.

Penilaian portfolio akan dilakukan oleh penilai-penilai yang telah dilantik dan terlatih. Pemohon perlu mendapat sekurang-kurangnya 50% markah penilaian portfolio.