Caj perkhidmatan berhubung permohonan rayuan calon APEL bagi kemasukan ke program peringkat Sarjana Tahap 7 (APEL T-7) MQF kepada MQA adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap permohonan individu dan berkuat kuasa mulai 01 Ogos 2019

Permohonan rayuan calon APEL perlu dikemukakan bersekali dengan caj perkhidmatan sebanyak RM100.00 dan salinan dokumen yang telah disahkan (certified true copy) seperti berikut:

Keputusan tidak melepasi saringan oleh PPA;

  • MyKad (bahagian hadapan dan belakang atas kertas putih bersaiz A4);
  • Resume (biodata diri); dan
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM); atau
  • Diploma (skrol dan transkrip penuh)

Salinan dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Pesuruhjaya Sumpah. Cop pegawai atau saksi hendaklah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan atau alamat di mana pegawai bertugas.